Suprizal Tanjung's Surau

Berdoa Bekerja & Berguna untuk Semua

Majlis Hari Keluarga Keturunan Rajo Alam Pagaruyung 2003

Di Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang

Atas permintaan dari sanak keluarga yang tidak berkesempatan menghadiri majlis keluarga yang julung-julung kali di adakan selepas beratus  tahun berpisah dari induk keluarga asalnya di Pagaruyung, maka sukacitanya disini saya catitkan cabutan ucapan dari pihak tuanrumah majlis ini serta Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagaruyung.

istana basa pagaruyung 2

Istana Pagaruyung

Majlis Hari Keluarga Keturunan Rajo Alam Pagar Ruyung, telah diadakan pada 16 hb. Julai 2003 bersamaan 16 hb Jamadil Awal 1424 Hijrah, di rumah kediaman Dato’ Tengku Haji Mustapha b Tengku Haji Seti. Dihadiri tetamu yang terdiri dari kaum kerabat di Malaysia terutama di daerah Raub dan Kuala Lipis serta wakil keluarga dari Negeri Sembilan dan rombongan dari Pagar Ruyung.

Rombongan lawatan Keluarga Daulat Yang Dipertuan
Raja Alam Pagar Ruyung pula terdiri daripada:-

1. (Dato’) Haji Soetan Muhammad Taufiq Thaib, SH
Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung(memangku)
2. Hajjah Putri Reno Dismah
Yang Dipertuan Gadis Gadang Pagar Ruyung
3. Hajjah Putri Reno Fatimah Zaharah
Yang Dipertuan Gadis Ketek Pagar Ruyung
4. Hajjah Putri Rahmah binti Soetan Oesman
isteri Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung
5. Ir. Reno Putri Reno Raudha Thaib, MSC
Kakanda Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung
6. Dra. Putri Reno Soraya Thaib
kakanda Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung
7. Abas Husen Datuk Majo Indo
Tuan Indomo Saruaso
8. Hajjah Meriamin bt. Zainal Yakin
ibu mertua Bupati Tanah Datar
9. Soetan Mulyadi
Tuan Machudum Syah Sumanik
10. Nasrul Syam Khatib
Tuan Kadi Padang Ganting
11. Nirwan Jamal, Datuk Pamuncak Alam Sati
Tuan Gadang Batipuah
12. Haji Samsir Alam Syah – Raja luhak 50 Kota
Datuk Maharajo Indo Nan Mamangun
13. Jasni Samsir
Isteri Haji Samsir Alam Syah
14. Tuanku Bustami
Yang Dipertuan Padang Unang Rao Mapattunggul
15. Hami Yasmi
Isteri Tuanku Bustami
16. A. Datuk Bandaro Kayo
Langgam Nan Tujuah Tampuak Tangkai Koto Piliang
17. Datuk Rajo Aceh
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung
18. Drs. Irwandi Datuk Rajo Malano
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung
19. Drs. Rajo Lelo
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung
20. M. Datuk Puti
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung
21. Drs. Syahni Datuk Bijayo
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung
22. Cuanan Datuk Simarajo
Datuk Pucuak Nan Batujuah Pagar Ruyung
23. Tasaruddin Datuk Manggunuang
Datuak Istano Silinduang Bulan
24. Basir Datuk Bungsu
Datuak Istano Silinduang Bulan
25. Yohanes Suleman Datuk Bndaro
Datuak Istano Silinduang Bulan
26. Ali basa Rajo Bandaro
Datuak Istano Silinduang Bulan
27. Mulhandri Eka Putra S.
Hulubalang Istano Silinduang Bulan
28. Merizal Gunung Ameh
Hulubalang Istano Silinduang Bulan
29. Drs. Ahmad Hafiz
Hulubalang Istano Silinduang Bulan
30. Siswanti
Ajudan Yang Dipertuan Gadis Pagar Ruyung
31. Hajjah Bamia
Ketua Bundo Kandung Tanah Datar
32. Haji Jamilis ,SH.
Kepala Dinas Parawisata Tanah Datar
33. Drs. Arfinus, MA
Majlis Ulamak Indonesia, Tanah Datar
34. Ir. Erman Mares Datuk Manti
Sekretaris LKAM Tanah Datar
35. Haji Edrial Datuk Paduka Alam
Pucuak Adat Nagari Limbukan Anak Nan Balimo
36. Raja Luhak 50

Cabutan Ucapan Dato’Tengku Haji Mustapha bin Tengku Haji Seti di Dalam Majlis Tersebut :

Sebenarnya saya semenjak dari tahun 80-an telah mendapat silsilah daripada sebelah ibu dan ayah, dan saya dapat tahu mereka ini berasal dari tanah Rao, sebelah bapa dikatakan dari Padang Unang dan sebelah ibu Tanjung Alai Rao Mapat Tunggul.

Justeru itu, hasrat hendak menjejaki waris-waris di sana begitu mendalam. Jadi oleh kerana itu dengan mengumpul silsilah dan keterangan-keterangan yang diperlukan, tetapi timbul persoalan kalau pergi ke Rao ke mana hendak dituju?

Saya dengan Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Manaf menghantar Nasution bin Bahrudin, salah seorang yang berasal dari Mandailing yang bermastautin di sini. Selepas beliau berkahwin di sini balik ke kampungnya untuk bertemu keluarganya, kami mintalah kepada dia “kalau boleh Nasution bila awak (engkau) balik kampung tolonglah pergi ke Rao, selidik keturunan saya di sana”.

Jadi Nasution bila balik ke sana dia pergi ke Rao, secara kebetulan ada saudara sepupunya yang bermastautin di Rao, maka mudahlah dia menjalankan tugasnya.

Alhamdulillah dia balik ke mari bercerita yang sudah jumpa dengan waris dari pihak ibu saya, tetapi sebelah bapa di Padang Unang tidak dapat dikesan, mengikut yang menjaga Rumah Adat di situ iaitu Bapak Asran, katanya orang ini tidak ada di sini, sekarang dia sedang bertugas di Jakarta dan tidak disebut pula namanya.

Selepas itu saya dengan Tuan Haji Abdul Jalil pergi ke Rao pada bulan Oktober 1992. Dapatlah berjumpa di sana dengan waris dari sebelah ibu saya di Tanjung Alai, tetapi di sebelah bapa saya di Padang Unang memang tidak tahu. Pada masa itu kami tidur di Rumah Tuan Haji Ilyas di Pasar Rao, dan pada masa itu Tuan Haji Ilyas pun dia tidak bercerita yang beliau menjawat Yang Dipertuan Padang Unang, beliau melihat silsilah yang saya bawa hanya diam sahaja tidak ada komentar apa-apa.

Selama lima hari di sana baru pulang semula ke sini, walau bagaimana pun saya tidak berputus asa sentiasa mendoakan mudah-mudahan dapat bertemu. Alhamdulillah sekarang ini sudah menjadi kenyataan, pertemuan ini sudah dikabulkan oleh Allah SWT.

Nasab keturunan yang datang ke mari berpunca daripada Tengku Umbak dan Tengku Khairul Alam. Tengku Khairul Alam ini mula datang ke Negeri Sembilan ( mengikut setengah riwayat tahun1773 Masihi ) cerita yang saya dapat dari orang-orang tua, ketika itu di ( Sri Menanti ) Negeri Sembilan adalah permulaan hendak ditabalkan Raja Melewar ibnu al-Marhum Sultan Abdul Djalil (Minangkabau) menjadi Yamtuan Sri Menanti. Kemudian disusuli oleh saudara pupunya Tengku Umbak bin Tengku Tialam menurut jejak Tengku Khairul Alam ini datang ke Malaya pada masa itu. Jadi Tengku Khairul Alam yang tersebut namanya di sini dengan “Tengku Muda”.

Beliau telah meninggalkan Negeri Sembilan oleh kerana di dalam satu permainan melambung lembing, maka lembing yang dilambung ( Tengku Muda ) itu telah patah matanya, jadi beliau mendapat firasat tidak sesuai duduk ( tinggal ) di Negeri Sembilan. Justeru itu beliau terus merantau ke Raub, dan kemudian disusuli oleh Tengku Umbak. ( Lembing patah Tengku Muda tersebut masih utuh sampai ke hari ini, disimpan dengan dibalut kain kuning oleh salah seorang ahli waris beliau ).

Dengan takdirNya kedua beradik sepupu ini sampai ke Daerah Raub dan menetap di sini, dan telah berkahwin dengan dua orang adik beradik, iaitu Siti Zaleha@Cik Jeleha binti Lebai Diman berkahwin dengan Tengku Khairul Alam dan Siti Hajar@ Cik Hajar binti Lebai Diman berkahwin dengan Tengku Umbak.

Perkahwinan Tengku Khairul Alam dengan Siti Zaleha binti Lebai Diman telah mendapat seorang Putera bernama “TENGKU ABDUL SAMAD” Perkahwinan Tengku Umbak dengan Siti Hajar telah mendapat tiga orang puteri iaitu : Tengku Rotiah, Tengku Fatimah@Tengku Teh dan Tengku Puteri.

Perkahwinan Tengku Abdul Samad bin Tengku Khairul Alam dengan Tengku Rotiah binti Tengku Umbak mendapat dua orang putera dan seorang puteri iaitu :
Tengku Haji Daud datuk saya
Tengku Kudin datuk Tengku Kamaruzzaman dan
Tengku Empuk@Tengku Tijah (nenek) Tengku Razlan ( moyang Tengku Perang dan Tengku Paris ).
Sebelah Tengku Fatimah@Tengku Teh dan Tengku Umbak ini zuriatnya ada di Semenyih Selangor dan juga di Negeri Sembilan, tetapi saya tidak dapat menyelidiki kerana saya ini malang, ibarat kata pepatah “JALAN SUDAH SIAP, KAKI PUN MANTAS” artinya tak boleh hendak berjalan.

Tujuan saya selepas bersara ada masa untuk menumpukan penyelidikan ini, tetapi oleh kerana keuzuran tidak berupayalah saya untuk membuatnya, tinggal lagi di peringkat asas ada dalam simpanan saya mengikut yang saya dapat dari bapa saudara saya To’ Muda Tengku Zohri bin Tengku Haji Daud JP. yang telah meninggal dunia pada tahun lapan puluhan.

Cabutan ucapan Yang Amat Mulia, Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagar Ruyung, Dato’ Haji Soetan Muhammad Taufiq Thaib SH., DPTJ ( NS ) Tuanku Mudo Mahkota Alam :-

Bersyukur kepada Allah SWT atas izin Kudrat dan IradatNya pada hari ini kita hadir bersama-sama di majlis yang berbahagia ini dalam rangka satu pertemuan yang bernuansa “Historys” dan pertemuan yang bernuansa ” Zilaturrahmi” antara keluarga besar Pagaruyung yang masih berada di kampung halaman baik di Pagaruyung, Padang Unang di Luak Lima Puluh dengan zuriatnya yang berada di Raub Pahang ini.

Oleh karena itu, sepatutnya kita tidak henti-hentinya memanjatkan puji syukur yang tidak terbatas ke hadrat Allah SWT, karena “Benang Sutra” yang terputus beratus-ratus tahun lamanya, kini sudah tersambung kembali. Karena Allah SWT, menyayangi orang yang menyambung kembali zilaturrahmi apalagi menyambung zuriat dan Allah sangat memurkai orang yang memutuskan zilaturrahmi apalagi memutuskan sesama zuriatnya.Alhamdulillah kita tidak termasuk golongan yang kedua, tetapi insyaAllah golongan yang pertama.

Berbagai upaya yang dilakukan oleh kakanda Tengku Mustapha telah disampaikan tadi, mulai tahun 1992 sudah datang ke Minangkabau, bahkan sudah sampai ke Padang Unang, tapi dari pihak keturunan nenek datuk kita Tengku Khairul Alam Syah tidak dijumpai keterangan pada waktu itu, dan dari pihak ibu beliau sudah dijumpai keterangannya yaitu di Tanjung Alai.
Tanjung Alai adalah Tengku Muda dalam kedudukannya di Kerajaan Padang Unang, Raja Muda dari Padang Unang adalah mereka bersaudara, satu keturunan, tetapi tidak mungkin di dalam satu kerajaan ada dua raja, adiknya diangkat menjadi Raja Muda di Tanjung Alai. Antara Tanjung Alai dengan Padang Unang itu ibarat dua sisi, dua muka mata wang, tetapi satu.

Sedangkan hubungannya dengan Pagaruyung bilamana pada zaman awal dari berdirinya Kerajaan Pagaruyung pada tahun 1343 Masehi, SRI PADUKA ADITHA WARMAN balik dari Majapahit ke tanah asal Ibundanya di Minangkabau, beliau di sambut oleh Datuk Temenggung BUNGA SETANGKAI SUNGAI TARAB, kemudian di kahwinkan dengan keponakan Datuk Temenggung ini dan di sefakati oleh Aditha Warman di angkat menjadi Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung. Dahulu Pagaruyung belum bernama Pagaruyung, tetapi masih bernama NAGARI ULAK TANJUNG BUNGO . Hanya empat persukuan pada waktu itu iaitu:
Suku Padang Datar
Suku Mandailing
Suku Nan Sambilan dan
Suku Nan Ampek.

Oleh niniak- mamak yang berempat ini di berikanlah tapak untuk membangun istana di Pagaruyung yang tersebut di dalam “suku” iaitu di Kampung Dalam. Kampung Dalam itu bukan bererti satu lokasi kecil, tetapi Kampung Dalam itu meliputi Tiga Balai, Kampung Dalam artinya “KRATON” atau Istana. Dibangunlah istana pertama di kaki Bukit Batu Patah. Kemudian dipindahkan ke Balairung Serinya atau tempat dia bermusyawarah dan memerintah di Balai Gudam.

Kemudian setelah beberapa waktu memerintah, ada ancaman keamanan dari Utara ( Batak ) maka Yang Dipertuan Aditha Warman ini mengirim salah satu puteranya untuk menjadi Raja di Padang Unang sekarang ini.
Kenapa bernama PADANG UNANG? Pada waktu meneroka tapak istana di Padang Unang sekarang ini, mereka berhenti di suatu hamparan tanah pada malam hari, maka terlihat di cahaya kegelapan banyak binatang Kunang-Kunang yang bersinar, maka oleh karena itu dinamakan “PADANG UNANG”. Maka di situlah putera Aditha Warman, iaitu SRI VIJAYA ANANGGA mendirikan istana dan membuat Kerajaan Padang Unang, untuk menghambat musuh yang datang dari tanah batak.

Kemudian keturunan dari Anangga Warman ini pada akhirnya tidak mempunyai anak yang layak menjadi Raja, mungkin ada anak. Kalau keturunan Raja-Raja dahulu tentu abang Tengku Mustapha dan abang Tengku Kamaruzzaman yang berhak menjadi Raja itu. Walaupun dia anak Raja, tetapi ditenguk dahulu siapa ibunya. Kalau orang dahulu mencari seorang Raja memang ditilik segala hal.

Karena tidak ada yang patut menjadi Raja, kembali di jemput ke Pagaruyung. Maka di kirimlah pada waktu itu seorang Putra Raja yang bergelar Yamtuan Bagindo Soripado, gelar yang sudah di kembalikan kepada abang Tengku Puji.

Kemudian keturunan Yamtuan Bagindo Soripado ini telah beberapa kali keturunan tidak ada pula yang layak menjadi Raja. Yang ketiga kalinya bersama dengan pengiriman Raja Melewar ke Sri Menanti, di kirim lagi seorang Raja ke Padang Unang dari Pagaruyung. Itulah keturunan-keturunan yang ada sekarang ini.

Boleh jadi pada waktu RAJA MELEWAR dikirim ke Sri Menanti, sebelumnya dari Pagaruyung dikirim seorang pembesar Pagaruyung bernama Raja Khatib, untuk mempersiapkan penabalan Raja Melewar menjadi Yang Dipertuan Sri Menanti. Bilamana Raja Khatib sampai di Negeri Sembilan mungkin dia di sambut dan di alu-alukan, sehingga berubah niat di dalam hati yang semula di tugaskan mempersiapkan penabalan Raja Melewar. Kemudian beliau mengaku bahwa beliaulah yang diutus menjadi Yang Dipertuan, sehingga sempat Raja Khatib ini menjadi Raja. Khabar ini di sampaikan ke Pagaruyung, maka segeralah Raja Melewar ke Sri Menanti.

Dan mungkin pada waktu itu diperkirakan kekuatan Raja Melewar tidak cukup, maka di mintalah ke Padang Unang sebagai tambahan pasukan. Sampai pasukan itu di Sri Menanti, berbeda cerita yang saya terima dengan yang di sampaikan Tuanku Padang Unang tadi, TUANKU TENGKU KHAIRUL ALAM itu bukan melarikan diri dari Padang Unang, bahkan dikirim ke Sri Menanti untuk membantu Raja Melewar menghadapi Raja Khatib dengan 40 orang hulubalang. Sesampainya beliau di Sri Menanti, di dapati Raja Khatib terbunuh dan keadaan sudah aman…..

Inilah sedikit sekilas sejarah,…… kemudian keturunan dari Tengku Khairul Alam ini menetap di Raub. Itu secara garis besarnya, tetapi tentu di dalam sejarah ada pariable-pariablenya yakni bunga rampainya. Kami fikir tidak tahu/ kurang arif maka abang-abang di sinilah yang lebih tahu memahami dan mengetahui sejarah disini.

Jadi artinya hubungan dengan Pagaruyung dengan Raub ini melalui Padang Unang yang datang ke sini adalah cucu-cucu Raja Pagaruyung yang ada di Padang Unang, dari Padang Unang ke Sri Menanti dan dari Sri Menanti ke Raub.

Sumber:

http://marisma.multiply.com/journal/item/179/Majlis-Hari-Keluarga-Keturunan-Rajo-Alam-Pagaruyung-2003-di-Kampung-Pintu-Padang-Raub-Pahang.

About these ads

August 12, 2012 - Posted by | Minangkabau Pagaruyung Sumbar

1 Comment »

  1. kalau ikut cerita tuan diatas…mak saya pernah bercerita yang arwah datuk saya dari Semenyih dan berketurunan raja….dan kami sekarang menentap di Negeri Sembilan.

    Comment by Bg Chik | July 10, 2013 | Reply


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: