Suprizal Tanjung's Surau

Berdoa Bekerja & Berguna untuk Semua

Muh Natsir di Mata Prof Dr Kamal Hassan, Malaysia

Hidayatullah.com–Muhammad Natsir adalah cendikiawan yang berpijak di bumi tapi berpandukan kepada panduan Ilahi. Itulah salah satu pandangan tentang sifat kecendikiawanan Muhammad Natsir yang diungkapkan oleh Prof. Dr. Mohammad Kamal Hassan, dosen International Institute of Islamic Thought and Civilization-International Islamic University Malaysia (ISTAC-IIUM) pada acara “Special Lecture Series on Contemporary Muslim Thinkers and Scholars of Islam” dengan tema “Muhammad Natsir: His Life dan Thought” di kampus ISTAC, IIUM Kuala Lumpur Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur, Rabu, 14 Maret 2012 lalu.

Pada special lecture perdana yang dihadiri para staf, dosen, dan mahasiswa ISTAC dan jurusan lain di IIUM tersebut, Prof. Kamal ─yang telah membaca buku-buku karya Muhammad Natsir ketika masih duduk di bangku sekolah─ menuliskan beberapa pandangannya tentang sifat kecendikiawanan Muhammad Natsir.

Pandangan yang sama juga pernah beliau ungkapkan pada “Seminar Serantau Memperingati 100 Tahun Pahlawan Nasional Bapak Muhammad Natsir”, yang diselenggarakan oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Santun dan Berhikmah
Kesimpulan dari kajian ini didapat beberapa kesimpulan;

Pertama, kecendikiawanan yang berasaskan pada teologi, epistemologi, kosmologi, axiologi dan etika – bahagian-bahagian penting dalam pandangan hidup atau worldview Islam – hasil dari proses tadabbur dan tafakkur serta pegangan yang kuat kepada wewenang wahyu Ilahi dan contoh pelaksanaan dan kebijaksanaan Sunnah Rasulu’Llah (s.a.w.). Kecendikiawan saperti ini akan senantiasa mendaulatkan kemutlakan wahyu Ilahi dengan memberi tempat yang sewajarnya kepada fungsi dan kedudukan akal manusia. Ia tahu menduduki nilai yang mutlak dan nilai yang nisbi, yang rabbani dan yang insani, yang qat‘i dan yang zanni, yang berubah (mutaghayyirat) dan yang tidak berubah (thawabit), ijtihad yang sabenar dan ijtihad yang mengganas.

Kedua, kecendikiawanan yang benar-benar bersepadu antara unsur-unsur yang sering diasingkan – antara tafakkur dengan dhikr Allah; antara yang berguna dari peradaban Barat atau kemodenan dengan yang baik dari warisan klassik atau peradaban Timur; antara keindonesiaan dan keislaman; antara ilmu pengetahuan umum dan moden dengan ilmu pengetahuan agama; antara bahasa Arab, Indonesia dengan bahasa Barat; antara semangat kebangsaan dengan semangat ummatisme; antara kepentingan keduniaan yang sah dengan matlamat di Akhirat. Kecendikiawan seperti ini adalah termasuk ciri-ciri keperibadian dan sikap Ulu al-Albab yang tergambar dalam 16 ayat al-Qur’an, ciri-ciri keseimbangan yang terbaik dan adil – al-wasatiyyah yang hakiki, bukannya kesederhanaan, atau wasatiyyah yang palsu yang sedang dipamerkan oleh sarjana-sarjana dan media-media Barat dan sekular.

Ketiga, kecendikiawanan yang tahu memberikan prioriti, keutamaan atau awlawiyyah dan proporsionaliti dalam mencari penyelesaian masalah-masalah semasa. Ia tahu membedakan antara yang pokok (usul) dan yang ranting (furu‘). Ia lebih bersifat “problem-solving” dari “solidarity-making” meminjam kategorisasi kecendikiawanan Indonesia yang dibuat oleh Herbert Feith. Ciri ini akan meletakkan kepentingan masyarakat, negara dan umat di atas kepentingan-kepentingan peribadi.

Keempat, kecendikiawanan yang sopan, santun, berakhlaq mulia dan berhikmah, tanpa menggadai kepentingan umat atau prinsip agama. Ia membela kebebasan orang lain atau agama lain untuk berbeza pandangan dan menentang penggunaan kekerasan sebagai penyelesaian masalah perbezaan perspektif atau pandangan hidup. Ketegasan berpegang kepada prinsip juga akan dibuat dengan beradab, tanpa kecenderungan egoisme atau rasa besar diri.

Kelima, kecendikiawanan yang berprinsip dan komited kepada perjuangan Islam, maslahah umat dan nilai-nilai tamaddun Islam, tanpa menutupi kemungkinan berlapang dada dan sedia berkerjasama dengan golongan yang berbeza agama atau pandangan hidup dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan bersama atau kepentingan kemanusiaan yang universal.

Keenam, kecendikiawanan yang berjijak di bumi nyata tetapi berpandu kepada panduan Ilahi dan keupayaan akal yang mengetahui batas-batasnya.

Kecendikiwanan ini bukan bersifat “arm-chair” atau tertutup dari realitas kehidupan orang awam, dan menghindari dari sebarang kecenderungan untuk dikultuskan, kerana ia memberi khidmat semata-mata untuk kepentingan masyarakat, atas prinsip pengabdian (‘ubudiyyah) kepada Allah (S.W.T) dan mencari keridhaan Ilahi.

Ketujuh, kecendikiawanan bermutu tinggi yang mampu memimpin negara besar dan kompleks seperti Indonesia adalah suatu model yang langka tetapi amat diperlukan. Model kecendikiawanan seperti ini mungkin dapat memberi jawaban kepada persoalan yang maha penting, yakni manakah yang harus diutamakan oleh hamba-hamba Allah s.w.t yang hidup di atas sebahagian kecil dari bumi yang fana ini, “mengindonesiakan Islam” sebagaimana yang dikehendaki oleh sarjana-sarjana Barat atau “mengislamisasikan Indonesia” sebagai negara umat Islam terbesar di dunia yang telah mencapai kemerdekaannya dengan sumbangan besar pejuang-pejuang dan cendikiawan-cendikiawan Islam.

Seperti diketahui, Muhammad Natsir adalah satu model cendikiawan yang amat diperlukan dewasa ini. Pemikiran-pemikiran Muhammad Natsir yang telah dilontarkan sejak tahun 30-an masih tetap relevan dengan isu-isu besar yang ada di tengah-tengah umat Islam dewasa ini seperti Islam liberal, pluralisme, feminisme, hedonisme dan isu hubungan antara negara dan agama dalam perspektif Islam, demikian ungkap mantan rektor IIUM (1999-2006) tersebut yang pernah beberapa kali bertemu dengan Muhammad Natsir.

*/Abdullah al-Mustofa, Kuala Lumpur, Malaysia

http://www.hidayatullah.com/read/21775/19/03/2012/muhammad-natsir-di-mata-prof.-dr.-kamal-hassan.html

About these ads

September 30, 2012 - Posted by | Minangkabau Pagaruyung Sumbar

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: