Suprizal Tanjung's Surau

Berdoa Bekerja & Berguna untuk Semua

Raja Melewar, Rembau, dan Kampung Bongek

ASAL USUL KAMPUNG BONGEK

(Dokumentari asal usul Kampung Bongek sudah tersiar di rancangan Galeri Nasional TV1 pada 4 Disember 2009, jam 9.30 malam) (Dokumentari ini diterbitkan oleh Idzham Hadi Sidik, Galeri Nasional)

https://suprizaltanjung.files.wordpress.com/2012/08/imga0329.jpg?w=300

Kampung Bongek kira-kira 6km dari Bandar Rembau, Negeri Sembilan menjadi popular kerana namanya yang unik dan pelik.

Wujudnya nama kampung ini dipercayai pada awal tahun 1773 ketika kedatangan Raja Melewar dari Pagar Ruyong (Sumatera Barat, Indonesia) yang dijemput oleh Undang yang empat untuk menjadi raja di Negeri Sembilan.

Menurut cerita Haji Basri Hasan seorang pesara guru yang juga anak jati kampung Bongek, asal usul Kampung Bongek ini diperolehi hasil gabungan 2 perkataan iaitu “Boncah” dan “Jangek”

Menurut Haji Basri, Boncah ialah paya manakala jangek itu pula ialah sejenis makanan yang dihasilkan daripada kulit lembu.

Bagaimana Boncah dan Jangek disatukan dan menjadi sebutan Bongek?

Mengikut cerita Haji Hassan, semasa kedatangan Raja Melewar, pengikutnya membuat penempatan di kampung tersebut yang berhampiran dengan Astana Raja dan Kampung Penajis di mana Raja Melewar mula ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama.

Di kampung tersebut terdapat Boncah atau paya yang mempunyai air panas dan disebut “air angek”. Orang Minangkabau yang berhijrah itu sangat popular dengan makanan yang diperbuat daripada kulit lembu.

Makanan yang dibuat dari kulit lembu itu dibasuh menggunakan “air angek” pada boncah dan disebut pula sebagai “Jangek”.

Setiap kali penduduk mahu membuat makanan tersebut mereka perlu ke Boncah, dan sebutan boncah dan jangek digunakan “Nak ke boncah mencuci jangek”.

Oleh kerana perkataan Boncah dan Janget sering digunakan. maka lama-kelamaan sebutan itu dipendekkan kepada Bo-ngek nama oleh kerana tempat itu belum mempunyai nama maka penduduk menamakannya sebagai Bongek.

Kini kesan air panas pada boncah di kampung Jangek masih kekal. anda boleh ke sana untuk melihat sendiri kesan asal usul kampung Bongek.

Weeee…..(^_^) Saya Bangga Menjadi Anak BONGEK!…

Sumber:

http://akubudakbongek.blogspot.com/2010/12/asal-usul-nama-bongek-rembau-nsembilan.html

August 9, 2012 - Posted by | Minangkabau Pagaruyung Sumbar

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: