Suprizal Tanjung's Surau

Berdoa Bekerja & Berguna untuk Semua

Tuanku Muhriz Lawat Makam Raja Melewar

REMBAU 27 Dis. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melawat Makam Raja Melewar di Astana Raja, dekat sini bersempena lawatan baginda ke daerah ini, (28/12/2009).

Tuanku Muhriz ke makam Raja Melewar

TUANKU Muhriz Tuanku Munawir bersama Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud mendengar penerangan mengenai Makam Raja Melewar daripada kurator Muzium Astana Raja Melewar, Aziz Mohd. Gorip (dua dari kiri) di Astana Raja, Rembau, kemarin, (28/12/2009).

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Hadir sama, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman serta Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusuf Ahmad.

Selepas bacaan doa dan tahlil yang dipimpin Mohd. Yusuf, baginda dan Tuanku Aishah Rohani menyempurnakan siraman air mawar dan menabur bunga ke makam.

Raja Melewar atau nama asal baginda, Raja Mahmud merupakan raja pertama memerintah Negeri Sembilan yang ditabal dan dimakamkan di daerah tersebut.

Bersempena lawatan itu baginda berdua berkenan menghadiri majlis Jamuan Petang Bersama Rakyat di Stesen Bas Lama di sini yang dihadiri lebih 3,000 rakyat jelata.

Dalam majlis itu, baginda mencemar duli diarak menaik jip diiringi pasukan berkuda bertemu untuk orang ramai.

Mengakhiri lawatan tersebut, baginda berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam di kediaman rasmi Undang Luak Rembau.

Rembau adalah daerah kedua dilawati Tuanku Muhriz selepas Gemencheh sejak ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 pada 26 Oktober lalu. ***

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Advertisements

March 25, 2013 - Posted by | Minangkabau Pagaruyung Sumbar

No comments yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: